BAHAN

200 gm cendawan shiitake – hiris nipis

1 labu bawang besar – potong dadu

3 ulas bawang putih – tumbuk

1 kiub stok ayam

4 cawan air

2 sudu besar tepung jagung

1 sudu besar mentega

Sedikit garam

Sedikit lada hitam

Sedikit minyak

CARA

1.Tumis bawang putih dan bawang besar dalam periuk sehingga naik bau.

2.Kemudian masukkan cendawan shiitake dan kacau sehingga cendawan lembut sedikit.

3.Masukkan air, stok ayam, tepung jagung dan mentega. Kacau sebati.

4.Angkat dan masukkan dalam pengisar dan kisar sehingga hancur.

5.Masukkan semula ke dalam periuk dan biarkan mendidih. Kacau sebati.