Anda pernah dengar South West Afrika (Afrika Barat Daya)? Negara yang pernah wujud dari tahun 1915 sehingga 1990 sebelum menukar nama menjadi Namibia.

Ia merupakan antara negara yang memiliki banyak harimau bintang. Nama Namibia diambil sempena perkataan ‘Namib’ yang bermaksud, antara padang pasir tertua di muka bumi.

Bagaimana pula dengan Zaire? Ia salah sebuah negara di tengah benua Afrika yang pernah wujud dari tahun 1971 hingga 1997. Pemerintahan diktator mencetus perang saudara yang bertahun-tahun meletus dan sampai ke kemuncak pada tahun 1997.

Pentadbiran kerajaan baru menukar nama Zaire menjadi Republik Demokratik Congo pada tahun 1997. Jangan salah ya. Republik Demokratik Congo tidak sama dengan negara Republik Congo, walaupun namanya hampir sama dan masing-masing berada dalam Afrika.

Ini pula tentang Yugoslavia, sebuah negara di Eropah Tengah yang wujud dari tahun 1918 hingga 1992, sebelum ia berpecah menjadi negara-negara baru iaitu Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia and Montenegro dan Slovenia.

Lain pula dengan Rhodesia Selatan yang pernah wujud dari tahun 1923 sehingga 1980, sebelum menukar nama menjadi Zimbabwe. Nama Rhodesia Selatan diambil sempena nama seorang diplomat British, iaitu Cecil Rhodes.

Apabila Rhodesia Utara menukar nama kepada Zambia, Rhodesia Selatan turut mengikut jejak langkah menukar nama kepada Zimbabwe.

Pernah dengar negara Tanganyika dan Zanzibar? Merupakan dua buah negara yang pernah wujud sebelum bergabung membentuk menjadi Tanzania pada tahun 1964.

Tanganyika pula adalah negara yang wujud dari tahun 1961 hingga 1964 selepas mendapat kemerdekaan dari United Kingdom. Manakala Zanzibar adalah negara di Timur Afrika yang majoriti penduduknya Islam, dan mendapat kemerdekaan dari United Kongdom pada Disember 1963. Kedua negara ini bergabung membentuk negara bernama Tanzania.

Di bawah negara Tanzania, perkataan ‘Tanganyika’ dan ‘Zanzibar’ masih digunakan sebagai tanda pengenalan bangsa masyarakat Tanzania. Lebih kurang macam suku kaum di Sarawak.

Lain pula dengan Pakistan Timur yang wujud dari tahun 1955 sehingga 1971, yang menjadi sempadan antara India, Burma dan Bengal. Wilayah yang berasal dari Pakistan ini akhirnya bertukar nama menjadi negara Bangladesh.

Berbeza dengan Jerman Timur dan Jerman Barat, dua wilayah yang berpecah kerana peperangan sebelum bergabung semula pada tahun 1989 membentuk Jerman.

Tahukah anda, negara Czechoslovakia pernah wujud di Eropah Tengah dari tahun 1918 sehingga 1992. Pelbagai peristiwa dialami negara ini daripada siri peperangan, komunis dan revolusi. Negara ini akhirnya berpecah menjadi dua buah negara baru pada tahun 1993, iaitu Republik Czech dan Slovakia.

Pernah telinga anda mendengar nama Ceylon? Negara yang pernah wujud antara tahun 1948 sehingga 1972. Ceylon merupakan sebuah negara kepulauan di selatan Asia. Nama Ceylon diambil sempena nama sejenis rempah yang pedas. Setelah mendapat kemerdekaan, nama Ceylon ditukar menjadi Sri Lanka pada tahun 1972.

Bagaimana pula dengan Siam? Mungkin generasi muda tidak tahu bahawa nama asal negara Thailand dahulu ialah Siam. Pada tahun 1948, secara rasmi nama Siam bertukar menjadi Thailand. Sama juga dengan Burma, yang akhirnya menukar nama menjadi Myanmar pada tahun 1989.

Pernah anda dengar Sikkim? Terletak di utara India, Sikkim asalnya merupakan sebuah pemerintahan monarki bebas dari awal kurun ke-17 hingga tahun 1975, sebelum ia menyertai India.

Walaupun Sikkim kini sebahagian dari wilayah India, namun rakyatnya bukan berkulit gelap. Sikkim bersempadan dengan Bhutan, China, Bangladesh dan Nepal. Penduduknya berkulit cerah.

Sebenarnya, banyak lagi negara-negara lain yang pernah wujud satu ketika dahulu, namun akhirnya lenyap ditelan perubahan zaman. Info di atas hanya sebahagian daripadanya.