‘Tiada bakteria, tiada bau!’ – 5 langkah hindari ketiak berbau

0
23

Kadang kala bau badan yang kuat membuatkan anda berasa malu dan moody, ada sahaja tidak kena. Nak duduk sebelah kawan pun serba salah. Jangan risau, cuba lima langkah mudah agar kebersihan ketiak terjaga.

Gunakan deodoran pada kulit kering

Deodoran yang sesuai pada kulit kering boleh mengurangi keringat. Ingat, bakteria akan lebih susah membiak dalam ketiak yang kering. Maka bau yang dikeluarkan pun akan menjadi sangat minimum.

Gunakan sabun anti-bakteria saat mandi

Jangan lupa untuk membilas kulit ketiak dengan sabun anti-bakteria. Dengan bantuan spons atau exfoliating bath gloves, anda boleh menggosok kulit ketiak dengan lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati yang menempel.

Pilih pakaian yang nyaman

Elakkan mengenakan pakaian yang tebal atau daripada material yang tidak meresap peluh. Pilihlah pakaian yang diperbuat daripada kapas dan dapat memberikan kulit anda ruang yang nyaman untuk bernafas.

Cukur bulu ketiak dengan rutin

Ketiak yang berbulu lebat dikatakan dapat menurunkan pengeluaran bakteria pada kulit. Less bacteria – less smell! Seperti mana anda peka dengan penjagaan wajah, rutin penjagaan di bawah lengan juga harus diambil peduli. Ingat, jangan gunakan pisau cukur yang sama untuk jangka masa yang lama. Pisau cukup yang tidak bersih juga boleh menyebabkan iritasi pada bahagian bawah lengan.

Perhatikan diet

Elakkan makan terlalu kerap makanan yang berbau seperti bawang putih dan kari. Bau tersebut dapat meresap ke dalam pori-pori yang menyebabkan bau badan. Jika tidak percaya, hentikan konsunsi selama dua minggu dan lihat perbezaannya.

Foto : Google