Tip penjagaan sifon agar tudung tahan lama

0
24

Walaupun nampak mudah, material kain atau tudung jenis sifon memerlukan penjagaan rapi disebabkan sifatnya yang licin. Kain sifon tidak menyerap peluh dengan baik, tetapi ia menjadi pilihan ramai kerana fabriknya yang ringan, ‘flowy’ dan selesa dipakai sepanjang hari.

Tip penjagaan

Jika sisa makanan tumpah pada sifon, cuci dengan bahan pencuci, rendam untuk seketika dan bersihkan tempat yang kotor.

Jika mencuci sifon buat kali pertama, disarankan mencucinya dengan tangan kerana bimbang impak basuhan dengan mesin basuh agak ‘keras’ untuk sifon.

Disarankan membasuh menggunakan air sejuk kerana ia menyelamatkan material fabrik sifon.

Jangan campurkan kain sifon dengan fabrik-fabrik yang lain terutama pakaian yang berwarna kerana air warna akan melekat pada sifon.

Gunakan suhu yang rendah ketika menggosok. Gunakan teknik tekan dan angkat. Jangan menggosok sekali gus pada fabrik.

Jangan menarik kain sifon dengan kasar. Dan jika gunakan pin atau jarum untuk memakai tudung sifon, pastikan tajam supaya benang tidak tertarik dan menyebabkan fabrik rosak.

Jika kain sifon terkena kesan minyak, taburkan bedak serbuk pada kesan tersebut, kemudian cuci seperti biasa.

Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci, cukup dengan hanya mencelup dan mengusap dengan tangan di tempat yang kotor.

Ketika menjemur kain sifon, jemur di kawasan yang redup, elakkan di bawah cahaya matahari yang terlalu terik.

Sewaktu memakai sifon, pastikan duduk dengan berhati-hati kerana ia mudah terkoyak.