BAHAN
1 ekor ayam kampung
300 ml santan pekat
2 helai daun kunyit – racik halus
4 sudu besar minyak masak
2 labu bawang besar – tumbuk lumat
1 keping asam gelugur
Garam dan gula
BAHAN KISAR
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 cm lengkuas
10 tangkai cili kering – rendam
3 batang serai – hiris
2 cm belacan
150 gm kerisik kelapa
CARA
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama dengan api perlahan selama 10 minit. Kacau selalu.
- Masukkan ayam, masak sehingga ayam kecut dan empuk.
- Selepas bolehlah masukkan santan, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa.
- Masak sehingga rendang pekat. Angkat dan sedia dihidangkan.
