Tiada perubahan, sekolah dibuka ikut takwim 2021

Dari Penulis

PUTRAJAYA – Sekolah-sekolah di seluruh negara akan dibuka berdasarkan takwim penggal persekolahan dan institusi pendidikan bagi tahun 2021 yang bermula 20 Januari seperti mana ditetapkan pekeliling sebelum ini.

Perkara ini juga melibatkan semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) serta kategori institusi pendidikan swasta (IPS) yang berdaftar dengan kementerian itu, termasuk sekolah antarabangsa.

Dalam kenyataannya hari ini, KPM berkata, takwim berkenaan boleh dirujuk di laman sesawang di www.moe.gov.my/takwim, manakala takwim bagi IPS pula adalah berdasarkan tarikh penggal persekolahan institusi masing-masing.

“Pembukaan ini melibatkan institusi pendidikan di seluruh negara termasuk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” kata KPM.

Memetik portal Bernama.com, KPM menegaskan bahawa pengoperasian kesemua institusi pendidikan adalah tertakluk kepada pematuhan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu serta Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi Dalam Norma Baharu.

Menurut kenyataan itu KPM akan sentiasa memantau keadaan semasa pengoperasian institusi pendidikan bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara bagi memastikan aspek kesihatan dan keselamatan warga institusi pendidikan terus diutamakan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penempatan haram Rohingya berlarutan di Sungai Tekali atas kebenaran pemilik tanah

PEMILIK tanah yang membenarkan pembinaan struktur dan penempatan tanpa kelulusan oleh warga Rohingya di Sungai Tekali dikenal pasti sebagai...

More Articles Like This