"So... sorry aunty..." Dia menunduk. Tanda memohon maaf.

Oleh: Dee Edot

https://www.facebook.com/cikedot.cikedot

TADI, Dee keluar ofis lalu depan mamak. Tengah melangkah nak melintas ke kereta, tiba-tiba…

Dee kena peluk dari arah belakang!

Sumpah rasa nak gugur jantung, terperanjat. Spontan Dee pegang tangan yang merangkul bawah pinggang Dee.

Eh, berkerut dahi Dee. Lengannya halus dalam genggaman Dee.

“Mama…” Suara halus itu menyapa. Ada esakan kecil kedengaran.

“Mama… Aisyh rindu Mama…” Rangkulan semakin rapat. Esakan tangis juga semakin kedengaran.

“Aiyshhh… meh sini. Meh kat papa,” terdengar suara memujuk.

Perlahan Dee leraikan kedua tangan halus itu dari pelukan, lalu menoleh. Tubuh Dee kini berhadapan dengan anak kecil itu. Dia mendongak, lalu dia berundur sedikit ke belakang.

Air matanya gemuk-gemuk, masih laju mengalir di pipi

“So… sorry aunty…” Dia menunduk. Tanda memohon maaf.

Allahu, terasa sebak di dada. Melihat wajah anak kecil itu yang kesedihan dan nampak serba salah.

“Maaf cik, anak saya salah orang. Dia ingat cik mama dia.”

Dee pandang wajah lelaki itu. Orangnya segak tetapi rautnya tampak sugul.

“Saya betul-betul minta maaf…” bersungguh.

“Eh, takpe encik.”

Lelaki itu mengangguk. Baru sahaja mereka berdua mahu melangkah.

“Aiyshh…”

Dee dari berdiri kemudian bertinggung.

“Meh sini…”

Anak kecil itu pandang wajah ayahnya. Seperti meminta kebenaran. Ayahnya mengangguk.

Si kecil itu melangkah perlahan sehingga dia betul-betul berada di hadapan mata Dee.

“Aisyh… boleh tak aunty peluk Aisyh?”

Air mataku mula bertakung.

Anak kecil itu mengangguk lalu pantas dia memeluk aku, erat.

Allahu… pelukan yang sangat kuat.

Tanpa sedar, air mata Dee mengalir laju. Rasa mahu meraung. Dada terasa mahu pecah.

.

.

.

.

Ada dua jiwa dalam pelukan erat tanpa suara ini.

Satu jiwa yang sangat merindukan seorang ibu yang tidak tahu di mana keberadaannya.

Satu jiwa lagi yang terlalu menginginkan seseorang yang membenih di rahim dan memanggilnya ibu…

Sungguh, hati ini menangis.

Rapuh 😔

https://www.facebook.com/cikedot.cikedot

#kongsiceritakita