Cakap nak kumpul duit memang senang kan? Tapi untuk melaksanakannya cukup sukar, ada sahaja perbelanjaan ‘mengejut’ yang datang menerpa. Ada yang suka main kutu kerana secara tidak langsung ia membuatkan kita disiplin membayar setiap bulan. Namun andai nasib tidak baik, duit entah ke mana, bayang ibu kutu pun lesap.

Apa kata cuba tip yang dikongsikan Puan Haajar Mahmood, cara membuat tabung simpanan secara paksaan menerusi laman website Maybank2u.

Simpanan ini terasing daripada amaun yang terdapat pada baki akaun, tujuannya supaya kita tidak tergunakannya secara tidak sengaja.

Jadi andai anda ada target kewangan, mulakan sekarang. Caranya cukup mudah, yang penting kena daftar akaun Maybank2u dahulu. Semoga berjaya.

“TABUNG MAYBANK.

“Hi semua,

“Hari ni saya nk kongsi bagaimana ingin membuat tabung simpanan paksa menggunakan Maybank2U. Biasanya kita buat tabung ringgit – contoh tabung hijau (rm5), tabung oren (rm20), tabung rm50 dan tabung rm100 kan.

“Kali ni kita buat tabung melalui M2U lak. Tabung ni bagus untuk mudahkan membuat bayaran road tax, untuk yuran tahunan sekolah anak2, hadiah akhir tahun, pelancongan dan macam-macam lagi.

“Cara-cara ada pada gambar ye.

“Semoga berjaya semua.”

1. Log masuk guna M2U paparan baharu.
2. Selepas berjaya log masuk, scroll ke bawah sampai jumpa *create goal*
3. Tekan Create Goal
4. Pilih kategori tabung yang ingin dibuat
5. Ini contoh ye – namakan tabung, pilih komitmen (secara bulanan atau tempoh masa), tetapkan sasaran tabungan, dan tetapkan jumlah simpanan bulanan.
Boleh pilih tarikh hari tabungan dibuat.
Bila semua telah ditetapkan, tabung boleh dimulakan. Hanya tekan Start.
Di Goal ada 3 titik, tekan untuk tahu detail, untuk tambah jumlah sasaran atau untuk tamatkan tabung sebelum tarikh matang. Selamat berjaya

Sumber : Facebook Haajar Mahmood