BAHAN

5 ketul dada ayam – dipotong dadu

2 sudu besar serbuk kari

2 sudu besar serbuk kunyit

2 sudu besar tepung beras

Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Bawang besar – dihiris

Kacang panjang – dipotong kecil

CARA

1.Gaul ayam bersama serbuk kari, kunyit, tepung beras, serbuk perasa dan garam sehingga rata. Peram selama satu jam.

2.Panaskan minyak dan goreng sehingga ayam masak. Angkat,tos dan ketepikan.

3.Goreng bawang besar dan kacang panjang. Angkat dan satukan dengan ayam yang telah digoreng tadi.

4.Siap dan sedia dinikmati.