INI bukan Uganda tetapi Amerika Syarikat (AS). Setakat ini empat penyokong tegar Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump maut dalam kejadian rusuhan keganasan di bangunan Capitol, Washington D.C semalam.

Menurut Ketua Polis Washington D.C, Robert Contee, mangsa ditembak oleh pegawai polis Capitol berpakaian biasa, lapor agensi berita Anadolu.

Ini adalah rusuhan membantah keputusan pemilihan Presiden AS yang mana Trump masih tidak dapat menerima kenyataan.

Jika dalam filem Hollywood, situasi seperti ini hanya layak berlaku di negara ketiga, Uganda atau Iraq tetapi bukan di AS yang sering diotonjolkan juara demokrasi.

Hakikatnya AS hanya bijak menunjuk salah negara orang lain, tak terkecuali mengenai amalan demokrasi di Malaysia. Sampai calit dakwat dibuatnya macam negara India yang tidak mempunyai rekod pendaftaran sistematik.

Sedangkan AS ibarat ayam berkokok berdera-derai tetapi ekor bergelumang penuh tahi. Sistem mereka jauh dari kesempurnaan.Dalam filem dan stesen berita dikuasai mereka sahaja nampak hebak.

Di negara kita, mereka menjulang pemimpin gerakan Bersih misalnya dengan anugerah, tetapi empat jari mereka berkait menunjuk diri sendiri walau satu cuba menunjuk lurus.

Perjalanan pilihan raya Presiden AS jika dibandingkan dengan Rwanda atau Kemboja, mungkin jauh lebih haru-biru. Ada bahagian mereka bagus, tetapi banyak aspek mereka juga perlu penambahbaikan.

Bahagian propaganda retorik seperti cuba ditunjulkan Naib Presiden Mike Pence hari ini, memang indah.

Tetapi sayangnya ia bermula dengan Presiden sendiri. Trump yang tidak dapat menerima kekalahan.

Dakwaan Trump mungkin ada asas, ini juga yang dirasai oleh kem calon Presiden AS 1999 iaitu Al-Gore.

Kem Al-Gore membawa kepada proses mahkamah mencabar keputusan yang menyaksikan pesaingnya dari Republikan menang, dengan proses di negeri Miami menjadi tumpuan.

Namun, kerana mahu menjaga nama baik AS sebagai negara demokrasi contoh, dilaporkan kem Al-Gore akhirnya berundur. Bukan kemenangan diutamakan tetapi mengelakkan AS daripada ditetrtawakan negara dunia ketiga yang mereka cemuh.

Bimbang dituduh seperti ketam mengajar anak berjalan lurus. Namun Trump dengan latar belakang beliau bukan sebagai orang politik, tidaklah berjiwa sebesar itu.

Akhirnya mana Rule of Law? Ucapan Trump yang mendorong penyokong tegarnya merusuh di ibu negara AS sudah disekat media sosial.

Bangkai gajah sudah tidak dapat ditutup dengan nyiru. Satu dunia melihat hipokrasi demokrasi AS. Elok pengganti Trump, Joe Biden jaga rumah sendiri daripada sibuk negara orang.

Bangunan strategik kerajaan di ibu negara AS sedang dikawal ketat. Dari polis sampailah agensi lain. Sebut sahaja CIA, National Guard, US Secret Service macam dalam filem tu.

Ini betul-betul White House Down, Washington D.C Has Fallen!! Kita mendoakan keamanan di mana sahaja bukan hanya Libya, Iraq tetapi juga di AS.

Apa pengajaran? Janganlah mudah-mudah percaya cakap pemimpin politik tanpa usul periksa.