KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kesahihan kenyataan bertulis yang mendakwa mesyuarat MKN bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang tular di media sosial.
MKN lapor Bernama, menegaskan kenyataan itu adalah palsu dan menasihati orang ramai berhenti berkongsi berita yang tidak ditentusahkan supaya tidak menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.
Mesej berkenaan kononnya memetik minit mesyuarat yang akan menyaksikan PKP dikuat kuasakan semula.
Perkara itu dikuatkan dengan peningkatan kes yang tinggi sejak beberapa minggu lalu yang kini menyaksikan kes harian COVID-19 ada kalanya melebihi 2,000 kes.