Hampir setahun tak dapat naik kapal terbang jejak negara orang ibarat patah sebelah kaki. Namun jangan risau, sebelah kaki lagi masih berfungsi. Asyik teroka negara luar sahaja, hey…Malaysia lagi banyak lokasi yang menarik tau.
Buat masa ini cuba elakkan bercuti di tempat yang sesak dan cari alternatif lain seperti di Houseboat Tasik Kenyir. Belayar di tengah Tasik Kenyir selama 3 hari tanpa perlu bersentuhan dengan orang asing. Selamat kan?
Jom ikuti perkongsian Wan Najihah Karimah.
“Best gi Tasik Kenyir selama 3hari 2malam dan menginap di Razna Housebout tau ..
“Houseboat ini mempunyai 10 bilik termasuk 1 bilik VVIP dan 2 bilik VIP yang berhawa dingin. Kapasiti penumpang boleh menampung seramai 35 orang pelancong.
“Antara kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di Razna Houseboat adalah seperti bilik karoke,dapur,roof top,ruang santai ditingkat paling atas dan yang paling special mempunyai gelongsor serta kolam untuk kanak-kanak.
“Lagi2 story kite cite2 kat blog neh neh . Sabo . Hehe,” kongsinya.













Sumber : Facebook Wan Najihah Karimah