Ramai pemain bintang kecundang dalam skandal rasuah bola sepak 1994 yang menjadi detik hitam dalam arena sukan negara./ Gambar media sosial

KUALA LUMPUR – Tidak keterlaluan mengatakan setakat ini tidak seorang pun pemain tengah yang kreatif, bijak serta selincah seperti yang pernah dibuktikan Azizol Abu Haniffah.

Bukan hanya di Perak bahkan Malaysia seluruhnya masih menantikan bakat istimewa seumpama Azizol yang juga kapten skuad Seladang pada awal 90-an.

‘The Architect’, ‘Maestro’ dan berbagai gelaran, pemain kelahiran Teluk Intan ini memiliki skil ajaib yang tak dimiliki pemain lain.

Ketika bertemu Arab Saudi dalam debutnya bersama skuad kebangsaan, namanya sudah harum hingga dipanggil oleh pak Arab ‘Magic Boy’.

Hinggakan pemain import Selangor era tersebut , Zoran Nikolic juga menganggap beliau sebagai idolanya.

Azizol pemain dengan skil tinggi menyamai legenda midfield sebelumnya seperti Shukor Salleh dan Wong Choon Wah. Hantaran bola cukup kemas dengan daya kepimpinan yang tinggi.

Kejayaan Perak menjulang Piala FA pertama pada 1990 adalah bukti kehebatan pengaruhnya. Namanya terpilih dalam First XI Asia pada 1993,selain kejayaan emas Sukan SEA 1989, ketika Malaysia mencabar skuad England 1991 (tewas 2-4) dan juara Pestabola Merdeka 1993.

Beliau beruntung kerana melengkapkan barisan tengah negara seperti Ahmad Yusof, Nasir Yusof dan Radhi Mat Din ketika itu. Bagi Zainal Abidin yg merupakan tonggak depan negara masa itu, hantaran dari Azizol menjadi idamannya.

Beliau menyumbangkan 12 gol dalam 77 caps bersama Malaysia serta 30 gol dalam 212 penampilan bsama Perak.

Namanya abadi buat peminat Perak dan seperti tak tergantikan. Malahan negara juga msih tercari-cari kelibat sepertinya. Tak salah beliau jeneral padang terbaik negara di era moden.

Namun langit tak selalu cerah, legenda ini tumpas dalam skandal rasuah yang melanda pada 1994-95 yang melumpuhkan arena bola sepak negara.

Hanya catatan sejarah saja yang boleh dibuat rujukan yang Azizol pernah mewarnai senario bolasepak negara.

Kredit kepada Saudara Azamri Sabri seperti dipetik dari Facebook Malaysia Corruption Watch