BAHAN A:
400 gm spageti (1 paket) – rebus
1 sudu besar sos cili
50 gm lobak merah – potong nipis
50 gm sawi – potong kecil
Sedikit minyak
BAHAN B:
500 gm tulang lembu – bersihkan
250 gm daging lembu – potong dadu
1 bunjut sup bunjut
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Air secukupnya
BAHAN C:
1 sudu besar cili kisar
1 tin tomato puri
1 sudu besar lada hitam
1 bungkus sup bunjut
BAHAN KISAR
3 ulas bawang putih
2 labu bawang merah
3 cm halia
CARA:
1.Panaskan sedikit minyak masukkan sayur sawi, lobak merah, spageti dan sos cili. Gaul sebati dan ketepikan.
2.Rebus tulang dan daging lembu dan masukkan separuh bahan kisar, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, dan sup bunjut.
3.Masak sehingga daging lembut. Ketepikan.
4.Dalam periuk, tumis baki bahan kisar bersama cili kisar.
5.Kemudian masukkan tomato puri, lada hitam dan gaul sebati.
6.Selepas itu, masukkan sup tulang dan daging yang telah dimasak tadi ke dalam.
7.Kacau sehingga sebati dan masukkan garam secukup rasa.
8.Hidang spageti bersama kuah.