Pasangan selebriti popular Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza kini menimang cahaya mata sulung lelaki pada 5 Januari lalu.

Berita gembira itu dikongsikan oleh mereka di akaun Instagram masing-masing sebentar tadi.

“Ini hadiah yang paling terbaik pernah kami terima.

” Alhamdulillah pada 5 Januari 2021, anak sulung kami, bayi lelaki selamat dilahirkan pada pukul 2.26 petang.

“Kami sangat teruja melalui pengalaman di dalam dewan bersalin sekaligus bergelar ibu dan bapa.

“Perjalanan ini merupakan kebahagian terindah dan kami tak sabar berkongsi setiap momen istimewa ini dengan semua. Syukur alhamdulillah,” kata pasangan ini.

Bagaimanapun, pasangan ini masih tidak mendedahkan nama serta wajah bayi mereka kepada umum.

Zahirah dan Aiman membuat keputusan untuk pulang ke Perth, Australia bagi menyambut kelahiran bayi sulung di sana.

Untuk info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu.