Facebook Tan Sri Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 yang telah dilaporkan dalam tempoh sembilan hari pertama pada tahun ini sudah mencecah 71 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sejak memasuki tahun baru 2021, semakin bertambah kes kematian Covid-19 pada setiap hari.

Dr Noor Hisham Abdullah. / Fambar FB KKM

Katanya, sedangkan bukan sesuatu yang mudah untuk petugas menguruskan jenazah pesakit Covid-19.

“Mereka terpaksa memakai PPE lengkap dengan bermandi peluh dalam keadaan panas terik sehingga liang lahat dan selesai menguruskan pengebumian kes Covid-19.

“Semoga kita semua memahami cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh setiap petugas barisan hadapan.

“Marilah bantu negara dengan kita jaga kita, kita jaga keluarga kita. Semoga kita semua terlindung daripada musibah Covid-19,” katanya dalam satu hantaran Facebook beliau hari ini.

Angka kematian tertinggi akibat Covid-19 yang dilaporkan setakat ini adalah kelmarin dengan 16 kematian.

Keseluruhannya sehingga semalam, kematian akibat Covid-19 kini mencecah 542 kes.