KULA LUMPUR – Walaupun baru tiga hari diletakkan di YouTube, lagu terbaharu ciptaan dan nyanyian Haqiem Rusli telah mencatatkan 500,000 tontotan.
Apa yang menarik, Haqiem melalui laman [email protected] baharu sahaja mengajak peminatnya menonton muzik video itu bagi membolehkan ia mencecah 500,000 tontonan hari ini.
“JOM CECAH 500K HARI INI!,” kata penyanyi berusia 23 tahun itu dalam laman Twitter miliknya pada pukul 1 tengah hari dan angka tersebut terus dicapai tidak sampai dua jam selepas itu.
Muzik video itu https://www.youtube.com/watch?v=I0qfxguzdyY juga telah trending di YouTube tidak sampai 24 jam selepas dilancarkan pada Khamis lepas.
‘Mimpi’ merupakan lagu runut bunyi drama bersiri ‘Bidadari Salju’ yang kini sedang ditayangkan di TV3.
Untuk lagu ini, Haqiem bergandingan dengan pelakon dan penerbit popular, Dato’ A.Aida dalam menghasilkan lagu serta lirik.
Lagu ‘Mimpi’ merupakan single kelima lagu ciptaan penyanyi tersebut, selain lagu ‘Bangkit, Lembah kesepian, Qiemillio dan What Can I Do For U’.
Dalam temu bual bersama media sebelum pelancaran muzik video tersebut, Haqiem menyatakan hasrat untuk mencatatkan rekod peribadi sebanyak 50 juta tontonan di YouTube.
Jumlah tontonan tetringgi untuk lagunya sebelum ini adalah lebih 20 juta melalui lagu nyanyiannya ‘Selamat Tinggal Sayang.’ – UTUSANTV