Sejak dahulu, manusia sentiasa cuba untuk membuat pelbagai rekod baru. Ia menjadi kebanggaan jika rekod itu berjaya dilakukan dan disenaraikan dalam buku rekod dunia, Guinness World Records. Tetapi, bukan semuanya berjaya. Bahkan banyak percubaan untuk membuat rekod itu berakhir dengan meragut nyawa.

Who was Donald Campbell, when did he die and what speed records did he set  during his life?
DONALD CAMPBELL.

Donal Campbell, lelaki Inggeris yang memegang rekod kelajuan di darat dan air pada tahun 1964. Masih tidak berpuas hati, dia cuba mengatasi rekod kelajuan airnya pada 4 Januari 1967.

Sewaktu dia memecut bot berkuasa jet itu dan hampir memecah rekod 480 kilometer sejam, tiba-tiba botnya terangkat ke udara sebelum membuat Campbell tercampak ke dalam air dengan hentaman kuat. Tambah memilukan, mayat Campbell hanya dijumpai pada 28 Mei 2001, 34 tahun setelah tragedi itu berlaku.

Diana Paris, wanita berusia 46 tahun yang merupakan penerjun udara berpengalaman dan sudah melakukan lebih 1500 terjunan.

Pada tahun 2014, Diana menyertai kumpulan penerjun seramai 222 orang untuk membuat terjunan dari ketinggian 6,000 meter di udara. Tujuannya untuk memecahkan rekod terjunan berkumpulan paling ramai yang sebelum itu pernah dilakukan oleh 110 orang penerjun.

Malangnya semasa terjunan tersebut, payung terjun Diana gagal dibuka. Manakala payung sokongan pula hanya berfungsi apabila dia sudah terlalu hampir dengan tanah, menyebabkan Diana jatuh terhempas ke bumi dan disahkan mati di tempat kejadian. 

A deadly fall: 46 years ago, a Jersey daredevil died while trying to set  record - nj.com
Nick Piantanida.

Nick Piantanida dari Amerika mahu memecahkan rekod yang dicipta angkasawan Rusia yang pernah membuat aksi terjunan bebas dari ketinggian 24,500 meter dari permukaan laut.

Pada Mei 1966, Nick terbang pada ketinggian 36,000 meter lalu melakukan lompatan terjun dari pesawatnya. Malangnya, selepas 17,000 meter, suit dipakainya mengalami gangguan tekanan udara. Disebabkan itu, payung terjunnya terpaksa dilepaskan lebih awal. Apabila menjejak tanah, Nick kekurangan oksigen yang menyebabkan dia koma sebelum menghembus nafas terakhir empat bulan kemudian.

Ponytail Stunt Death: Daredevil Sailendra Nath Roy Dies On Zip Line
Sailendra Nath Roy.

Sailendra Nath Roy, seorang pelakon lagak ngeri dari India dan pernah memecahkan dua rekod dunia Guinness menggunakan rambutnya.

Pada tahun 2011 menerusi aksi flying-fox, Sailendra berjalan sejauh 82.5 meter di atas wayar yang diikat pada rambutnya. Pada 2012 pula, dia menarik sebuah enjin bersama empat gerabak kereta api sepanjang 2.5 meter juga dengan rambutnya.

Masih tidak berpuas hati, Sailendra mahu memecahkan rekodnya sendiri. Kali ini aksi lebih berbahaya dengan menyeberangi sungai Teesta sejauh 180 meter pada Ogos 2013.

Namun ketika itu rambutnya tersangkut pada wayar di pertengahan jalan. Sailendra berjaya dibawa turun hanya 45 minit kemudian, namun akhirnya meninggal dunia akibat serangan jantung.

10 People Killed While Performing Magic Tricks | TribeReport

Janaka Basnayake, ahli silap mata dari Sri Lanka yang mahu mencipta rekod baru bagi kategori manusia paling lama bertahan ditanam hidup-hidup.

Pada tahun 2012, lelaki berusia 24 tahun ini mengarahkan rakan-rakannya untuk menanamnya dalam sebuah lubang sedalam tiga meter. Lebih tujuh jam kemudian, mereka menggali semula tanah yang menimbus Janaka. Hidupkah dia? Janaka didapati sudah tidak bernafas. Walaupun bantuan pernafasan diberikan dan Janaka segera dikejarkan ke hospital, segala-galanya sudah terlambat. Dia disahkan meninggal dunia.

Lowell R Bayles (1900-1931) - Find A Grave Memorial
Lowell Bayles.

Lowell Bayles hanyalah seorang jurutera lombong sebelum jadi popular lewat 1920-an setelah melakukan aksi lagak ngeri dengan pesawatnya. Lowell sering dipanggil membuat persembahan di udara.

Tahun 1931, berlangsung acara National Air Races di mana Lowell cuba memecahkan rekod kelajuan untuk World Landplane Speed Record.

Lowell menerbangkan pesawatnya dengan kelajuan 482 km sejam ketika tragedi berlaku apabila penutup bahan api pesawatnya tanggal dan terbang melalui cermin hadapan, mengenai Lowell hingga dia pengsan. Pesawat itu akhirnya terhempas dan terbakar. Mayat Lowell tercampak 100 meter dari kokpit.

Projects | #LiveLikeHaris - The Story of Babar and Haris Suleman and their  Journey around the World | LaunchGood
Babar Suleman dan anaknya.

Tahun 2014, juruterbang Babar Suleman dan anaknya Haris Suleman mahu mencipta rekod untuk terbang mengelilingi dunia menggunakan sebuah kapal terbang dengan enjin tunggal.

Misi utama mereka bukan semata-mata mencipta rekod, tetapi bertujuan mengumpul dana untuk membantu pendidikan kanak-kanak di Pakistan.

Jika ikut perancangan, mereka akan mendarat sebanyak 25 kali untuk mengisi bahan api pesawat. Perjalanan mengelilingi dunia sejauh 43,000 kilometer itu dijangka mampu dilakukan dalam tempoh 30 hari.

Sayang sekali, bencana alam melanda yang membenamkan pesawat mereka ke Lautan Pasifik, mengorbankan dua beranak itu. Sehingga kini, mayat mereka tidak pernah ditemui.

10 Unbelievable People Who Died While Trying To Set A World Record

Ini pula rekod berkaitan motosikal. Pada tahun 1975, Evel Knievel memegang rekod lompatan dengan motor sejauh 40 meter ke atas 14 buah bas. Pada 1999 pula, Bubba Blackwell memecahkan rekod tersebut setelah berjaya melompat mengatasi 15 buah bas.

Pada tahun 2005, Javad Palizbanian yang merupakan pelakon lagak ngeri dari Iran mahu mencipta rekod baru. Dia mahu menunggang lalu membuat lompatan ke atas 22 bas dengan jarak 63 meter.

Malangnya, Javad bukan saja tidak mampu mengatasi rekod yang pertama, sebaliknya dia terhempas di atas bas ke 13 dan mati di situ juga akibat impak yang terlalu kuat.

A Deep-Water Diver From Brooklyn Dies After Trying for a Record - The New  York Times
Nicholas Mevoli

Ini pula tentang menyelam. Antara rekod menyelam paling dalam ialah sedalam 124 meter tanpa menggunakan tabung oksigen. Nicholas Mevoli, lelaki berusia 32 tahun ingin memecahkan rekod tersebut pada tahun 2013 disaksikan para penonton.

Mevoli mula menyelam. Setelah tiga minit 38 saat, dia muncul di permukaan air setelah menyelam sedalam 72 meter. Mulanya Mevoli nampak biasa setelah timbul sebelum tidak sedarkan diri. Walaupun bantuan CPR telah diberikan dan dikejarkan ke hospital, dia akhirnya menemui ajal.

Thirty Four Years Ago, This Balloon Tragedy Threw An Entire City Into Total  Chaos | News | Rojak Daily
Jutaan belon yang dilepaskan menjadi tragedi.

Tahun 1986, kononnya untuk mencipta rekod dunia dan membuat gimik, 1.4 juta belon dilepaskan ke udara di Cleveland, Ohio, Amerika Syarikat. Pada masa yang sama, berlaku tragedi apabila dua nelayan lemas setelah bot mereka terbalik.

Pasukan penyelamat telah dihantar untuk membantu misi pencarian nelayan itu. Namun, helikopter pencari tidak dapat terbang berikutan ruang udara yang dipenuhi belon. Manakala di perairan pula, mereka sukar hendak mencari mangsa kerana kesukaran membezakan antara kepala manusia dan jutaan belon yang terapung di atas air.