Sudah beberapa hari pembayaran i-Sinar dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon dan pelbagai reaksi diterima bagi meraikan ‘durian runtuh’ daripada KWSP.

Menerusi posting tular selebriti media sosial, Firdaus Shakirin, meninjau kepada status yang dimuat naik di laman sosial, majoriti isteri akan mendahulukan keluarga apabila menerima i-Sinar.

Golongan wanita akan menggunakan wang tersebut bagi meluahkan penghargaan kepada suami dan menggunakan selebihnya bagi keperluan dapur dan kelengkapan sekolah anak-anak.

Untuk membeli barangan keperluan sendiri, emas atau simpanan, tunggu dahulu, Andai ada lebih, barulah difikirkan kemudian.

“Bila isteri dapat I Sinar…

“Dah 3 hari pembayaran I Sinar dikreditkan ke akaun pemohon yg permohonannya diluluskan…dlm 3 hari ni, kita scroll newsfeed, akan nmpk mcm2 la post kwn2 “meraikan” nikmat rezeki yg tak dijangka tu…

“Ada isteri yg belanja suami makan sedap2, ada isteri yg belikan suami brg baru, ada isteri yg tolong bayarkan hutang suami, ada isteri yg guna utk keperluan dapur, ada isteri yg beli kelengkapan sekolah dan juga bayarkan yuran sekolah anak2…

“Bila isteri ada duit, 1st thing 1st is keluarga…

“Dia mungkin nak beli barang dia sendiri, dia mungkin nak beli emas, dia mgkin nak menyimpan, dia mgkin nk guna utk perkara lain tapi itu semua akan berlaku setelah dia selesaikan keluarga dahulu…

“So kpd kita sebagai suami ni, masih ada ruang utk kita muhasabah diri kita balik…sepanjang kita berkahwin, adakah kita sentiasa meletakkan keluarga 1st melebihi kebendaan lain? Klu ya, tahniah…klu tak, takziah dan belum terlambat utk berubah…

“Nafkah isteri sifatnya wajib…isteri bantu kita dgn duit dia, itu ihsan dari seorang isteri…

“IHSAN ya tuan2,” kongsinya di laman Facebook.

Sumber : Facebook Firdaus Shakirin

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk tidak terlepas berita terkini dan artikel menarik