BAHAN
300 gm udang – buang kulit & tinggalkan ekor
3 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar bawang putih – cincang
1 sudu besar daun parsli cincang
2 sudu besar kepingan serbuk cili
Sedikit garam & lada hitam

CARA
1.Panaskan minyak zaitun dalam kuali dengan api yang sederhana. Masukkan udang, garam dan lada hitam. Masak seketika, sehingga udang bertukar kemerahan.
2.Masukkan bawang putih, tumis sehingga naik bau.
3.Selepas itu, masukkan pula daun parsli dan kepingan serbuk cili. Matikan api, dan kacau supaya semua bahan masak sebati. Hidangkan.

Resipi: Nik Michael Imran

Jom ikuti channel Telegram UtusanTV untuk tidak terlepas berita terkini dan sensasi