Ordinan Darurat perlu tumpu usaha kawal Covid-19 sahaja – Zahid

0
35


KUALA LUMPUR – UMNO meminta supaya segala kuasa di bawah Ordinan Darurat hendaklah tertumpu kepada urusan pengawalan Covid-19 semata-mata.

Presidennya Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia selaras dengan rasional yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memohon pengisytiharan darurat hanyalah untuk menguruskan pandemik Covid-19.

“Sepanjang darurat berlangsung, UMNO juga berharap prinsip hak asasi manusia, kebebasan sivil, ketelusan dan kedaulatan undang-undang harus tetap dipelihara,” katanya dalm satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga harus memberi jaminan untuk mengambil berat kepentingan rakyat dan mengotakan janji bagi menyelesaikan isu-isu menyeluruh yang menyentuh kelangsungan hidup rakyat.

‘’(Ia) terutamanya mengenai tuntutan berkenaan pengeluaran i-Sinar KWSP tanpa syarat, lanjutan moratorium dan kemaslahatan rakyat secara keseluruhannya,’’ tegas beliau.

Ahmad Zahid juga menegaskan, usaha harus dilakukan segera bagi mengembalikan dan memulihkan fungsi Perlembagaan dan amalan demokrasi berparlimen sejurus darurat yang diproklamasikan mencapai matlamatnya.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk tidak terlepas berita terkini dan artikel menarik