3,337 kes baru, tertinggi setakat ini

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Penularan baru COVID-19 melonjak kepada 3,337 kes hari ini yang juga hari kedua pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri.

Jumlah kes harian hari ini (3,337) adalah tertinggi pernah direkodkan.

Rekod tertinggi sebelum ini dilaporkan pada 12 Januari 2021 dengan jumlah kes harian sebanyak 3,309.

Perkembangan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang pernah dikesan di negara ini berjumlah 147,855.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 yang sedang dirawat di seluruh negara ketika pula adalah 33,989 kes.

Menurut beliau, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tujuh kes import manakala lebih 30 peratus penularan dalam negara adalah dikalangan bukan rakyat Malaysia.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,036 kes.

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 460 kes dan diikuti Sabah dengan 389 kes,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurut Noor Hisham, sehingga kini, terdapat 195 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 86 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tambah beliau, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 15 kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 578 kes (0.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Antara kematian akibat COVID-19 hari ini melibatkan tiga wanita berusia 27 tahun (Kota Kinabalu), 34 tahun (Serdang) dan 37 tahun (Selayang).

Kes sembuh yang dilaporkan hari ini pula 1,710 kes.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This