Batalkan darurat:Anwar gesa Ahli Parlimen utus warkah kepada Agong

Dari Penulis


KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar surat kepada semua ahli Parlimen mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membatalkan pengisytiharan darurat dan menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

Dalam kenyataannya hari ini, Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, dalam surat tersebut beliau telah mencadangkan kepada mereka supaya mengemukakan rayuan dalam kadar segera.

‘’Warkah tersebut juga hendaklah disesuaikan menurut pertimbangan semua Yang Berhormat dan parti. Semoga warkah ini nanti mendapat ihsan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menarik balik Pengisytiharan Darurat dan seterusnya menitahkan agar sidang parlimen harus diadakan dalam kadar segera sebelum 31 Januari 2021 untuk membahaskan isu darurat, Covid-19 dan kemelut ekonomi yang melanda negara,’’ katanya.

Dalam surat kepada ahli Parlimen itu, Anwar menegaskan, pandangan dan peruntukan yang sedia ada mencukupi untuk mengekang penularan wabak Covid-19 termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Kata Anwar, cadangan membentuk jawatankuasa bersama telah diutarakan oleh ramai ahli Yang Berhormat sejak bulan Mac tahun lalu.

‘’Ia tidak memerlukan darurat. Kemelut ekonomi amat memprihatinkan manakala jumlah pengangguran, kemiskinan dan kesenjangan bertambah. Darurat pastinya akan menyebabkan kedudukan ekonomi tambah meruncing.

‘’Kami beranggapan Perdana Menteri dan kerajaan telah terlanjur dan tersasar dalam menyampaikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong kerana sesungguhnya tidak terkait dengan permasalahan Covid-19, banjir atau ekonomi. Perdana Menteri lebih tertumpu kepada usaha mempertahankan kuasa,’’ kata Anwar dalam surat tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kesemua 104 perlawanan Piala Dunia 2026 disiarkan RTM, UnifiTV

KESEMUA 104 perlawanan Piala Dunia 2026 boleh ditonton di UnifiTV dan saluran-saluran utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) di platform...

More Articles Like This