Emma Maembong dan suami positif Covid-19

Dari Penulis

Pelakon popular, Emma Maembong mengesahkan dirinya positif Covid-19.

Emma memaklumkan perkara tersebut menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram beliau pada malam Khamis.

Menerusi video tersebut, Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 29, dilihat sedang menjalani ujian calitan (swab test) di kediamannya.

“Telah membuat ujian calitan di rumah bersama @kumpulan_megaklinik_zahran. Terima kasih banyak kerana datang.

“Sangat bagus dan profesional. Mereka boleh datang ke rumah dan lakukan ujian. Saya tidak mempunyai sebarang simptom tapi keputusan adalah positif.

“Jadi, walaupun rasa sihat, buat sahaja ujian calitan sebab kita tidak tahu ada atau tidak virus tersebut dalam diri kita,” tulis tulis Emma pada ruangan kapsyen.

Emma mengumumkan dirinya positif Covid-19 menerusi hantaran di akaun Instagram beliau

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya dan juga rakan-rakan artis di Instagram.

Rata-rata mereka mendoakan Emma dan suami cepat sembuh.

Selain itu, suami Emma iaitu Shazli Azhar juga disahkan positif virus itu dan telah berkongsi tentang hal tersebut menerusi Instagram.

Manakala, cahaya mata sulung Emma yang berusia tiga bulan iaitu Shariq Gabriel turut menjalani ujian calitan dan keputusannya adalah negatif.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Duit lesap, pengarah ‘ghaib’, Wafariena tak halalkan upah puluhan ribu

PELAKON Wafariena Roslan mendedahkan dirinya masih belum menerima baki bayaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi drama walaupun sudah hampir...

More Articles Like This