Hasrat pasangan ini untuk melaksanakan majlis pernikahan pada 1 Februari 2021 terpaksa dibatalkan selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri bermula 13 Januari selama dua minggu.
Diberi dua pilihan, sama ada menundakan pernikahan atau bernikah sebelum PKP, jelas Nurul Izatul Israq Abu Hashim, dia dan pasangan, Mohd Shah Rezza Arbaei, 34, terpaksa memutuskan untuk melaksanakannya pada hari yang sama gara-gara risiko dan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan.
Jelas Nurul, dia dan suami terpaksa mengambil cuti kecemasan dan bergegas ke pejabat agama tanpa sebarang persediaan rapi. Malah kedua-duanya memakai pakaian kerja sewaktu disatukan sebagai suami isteri.
“Assalamualaikum.Di hari terakhir kita bebas sebelum PKP, sy selamat dinikahkan.Semua benda jadi tanpa sebarang planning. Saya and suami eh dah ada suami rupanya. okay. Sambung..Kami struggle call pejabat agama and tanya macamana urusan nikah yang sepatutnya pada 01 Feb 2021, so pejabat agama bagi option sama ada tunda and borang kena buat semula atau nikah by today. Call mak abah explain everything, kami semua decide nikah harini. And yes , sy tengah kerja and ambil el untuk today and suami saya
“Dari siap2 nak pergi kerja terus ke pejabat agama. Terima kasih mak Saudah Napiah , abah Abuhashim Hashim , sedara mara dan sahabat yg membantu saya memudahkan urusan saya harini.Dan ye, sy nikah guna baju kerja. Thankyou everyone.Dengan sekali lafaz , dia suami saya,” kongsinya di laman Facebook.
Sumber : Facebook Nurul Izatul Israq Abu Hashim