Propogandis Barat ini hanya menjurus kepada satu perkara, iaitu memburukkan minyak sawit kita dan mempromosikan minyak kacang soya mereka.

KUALA LUMPUR – FELDA membeli 5.15 juta saham FGV Holdings Bhd daripada pasaran terbuka semalam dalam usaha untuk mengambil alih syarikat perladangan itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata saham itu dibeli pada RM1.29 sesaham, lapor Bernama.

Pada 12 Januari, FELDA mengeluarkan dokumen tawaran berkaitan tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat untuk semua baki saham dalam FGV yang tidak dimilikinya, kecuali saham perbendaharaan.

Tawarannya sebanyak RM1.30 sesaham akan dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang pada 2 Februari, kecuali dilanjutkan atau disemak semula dengan pengumuman yang akan dibuat oleh Maybank IB, dua hari sebelum tarikh tutup.