Mohamad Ehsan Zakaria - Gambar dari media sosial.


KUALA LUMPUR – Warganegara Malaysia, Mohamad Ehsan Zakaria yang meninggal dunia akibat lemas ketika beriadah bersama beberapa orang rakan di Pinders Pond, Roxburgh, New Zealand, Jumaat lalu dikatakan sedang mencari kerja di negara itu setelah tamat pengajian.

Menurut rakan-rakan Allahyarham, bekas pelajar Kolej Yayasan Saad itu dilaporkan pernah ke tasik berkenaan yang menjadi tumpuan awam untuk aktiviti riadah dan berenang.

Tasik Pindest di Roxburgh, selatan New Zealand adalah lokasi tumpuan pelancong

Terdahulu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam satu kenyataan mengesahkan Ehsan yang merupakan bekas pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Auckland meninggal dunia pada pukul 7.30 malam waktu tempatan.

“Mayat Ehsan telah dipindahkan ke Dunedin Hospital bagi proses bedah siasat,” menurut kenyataan itu.