Meringkuk dalam penjara selepas didapati bersalah ‘terlalu romantik’

0
68

Kuala Lumpur – Semua orang mahukan pasangan bersikap romantik, tetapi perlu mengikut keadaan dan sejauh manakah status hubungan tersebut. Kalau sekadar pasangan sementara yang diperolehi melalui perkhidmatan ‘sewaan’ maka kita harus berhati-hati.

Ia kerana perkhidmatan itu bukan sahaja dikenakan bayaran dengan kadar dan tempoh tetapi juga ada peraturan dan ‘pantang larang’ yang perlu dipatuhi. Jika dilanggar buruk padahnya.

Itulah yang dialami oleh seorang mahasiswa di Taiwan yang terpaksa meringkuk dalam penjara kerana terlalu romantik dengan pasangannya. Gadis itu bukanlah kekasihnya tetapi ‘disewa’ dengan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan ‘pasangan sementara’.

Memetik portal Detik.com, segalanya bermula pada Julai 2019 apabila pemuda itu ‘menyewa’ pasangannya dengan bayaran RM 1,200 untuk tiga jam.

Syarikat yang menawarkan perkhidmatan itu meletakkan syarat dan peraturan ketat kepada pelanggan apabila mereka mahu keluar bersama.

Dalam kes mahasiswa yang dikenali sebagai Chen itu, seperti juga pelanggan lain dia dibenarkan memegang tangan, membelai rambut dan berpelukan sepanjang tempoh sewaan, tetapi dia dilarang mencium atau menyentuh pasangannya di bahagian tubuh yang tidak sesuai.

Setelah menandatangani kontrak, Chen pun bertemu dengan pasangannya di Taipei Main Station pada 2 Ogos 2019, untuk bertemujanji selama tiga jam. Awalnya semua berjalan lancar, keduanya makan bersama di restoran dan seeterusnya berjalan-jalan di taman.

Bagaimanapun apabila tempoh temujanji mahu berakhir, sikap Chen berubah, dia mula bercakap yang bukan-bukan malah pada satu ketika dia memberitahu akan menculik gadis tersebut. Lebih buruk buruk lagi, Chen cuba menyentuh bahagian sulit perempuan tersebut.

Dalam keterangan kepada mahkamah, gadis yang disewa Chen mendakwa, lelaki itu menyentuh peha, membuka butang baju sehingga menyentuh bahagian belakang gadis itu sedangkan Chen tahu perbuatan tersebut melanggar kontrak yang ditandatanganinya.

Dalam keadaan takut dan bimbang akan dicederakan tambahan pula tiada orang lain di taman tersebut untuk diminta pertolongan, gadis itu hanya mendiamkan diri dan membiarkan Chen melakukan aksinya.

Dia bernasib baik apabila Chen menghentikan perbuatan tidak senonoh itu sebaik sahaja tempoh temujanji berakhir.

Tanpa pengetahun Chen, gadis itu membuat laporan polis dan lelaki ditahan. Walaupun Chen memohon maaf dan menulis surat bagi tujuan tersebut namun proses undang-undang tetap diteruskan.

Apa yang dilakukan oleh Chen tetap salah kerana ia tanpa persetujuan gadis tersebut dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan serta denda RM30,000.

Pada Khamis lalu, Chen ‘yang terlalu romantik’ mula meringkuk dalam penjara apabila rayuannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi negara tersebut.