BAHAN
150 gm spageti – rebus
60 gm isi ayam
2 ulas bawang putih – potong halus
1 tangkai cili kering – potong halus
3 helai daun basil
10 gm keju mozarela
10 gm keju cheddar
1 sudu besar keju parmesan
100 gm tomato puri
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar mentega
4 biji tomato ceri – potong dua
Serbuk lada hitam secukup rasa
Sedikit minyak zaitun

CARA
1.Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
2.Masukkan ayam, cili kering dan tomato ceri. Kacau rata sehingga ayam masak.
3.Kemudian, masukkan tomato puri dan sos cili.
4.Masukkan pula spageti, lada hitam secukup rasa dan gaul sebati.
5.Selepas itu, masukkan keju mozarela, keju cheddar dan kacau sehingga keju cair dan sebati.
6.Akhir sekali taburkan sedikit keju parmesan di atas dan sedia dihidang.

Resipi: Rizamudin Mugeni