BAHAN
1 ekor ikan patin
½ ikat daun kesum
1 keping asam gelugur
1 biji tomato
3 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan
2 cawan air
Garam

BAHAN KISAR
5 ulas bawang merah
5 tangkai cili padi
1 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
1cm kunyit

CARA
1.Satukan bahan kisar ke dalam periuk.
2.Masukkan air, ikan patin, bunga kantan, asam gelugur dan daun limau purut.
3.Kacau sehingga mendidih. Masukkan daun kesum, tomato dan garam secukup rasa.
4.Sedia untuk dihidangkan.

Resipi: Zailani Abd Rahman, Pasir Mas, Kelantan.