3,631 kes baru dan 14 kematian pada hari ketujuh PKP

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Penularan baru COVID-19 meningkat kepada 3,631 kes hari ini yang juga hari ketujuh pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri.

Jumlah kes harian hari ini 3,631 juga adalah kedua tertinggi pernah direkodkan.

Rekod tertinggi sebelum ini dilaporkan pada 16 Januari 2021 dengan jumlah kes harian sebanyak 4,029.

Perkembangan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang pernah dikesan di negara ini berjumlah 165,371.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 yang sedang dirawat di seluruh negara ketika pula adalah 39,464 kes.

Menurut beliau, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tujuh kes import manakala 33 peratus penularan dalam negara adalah dalam kalangan bukan rakyat Malaysia.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,199 kes.

“Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 526 kes dan diikuti Kuala Lumpur dengan 521 kes,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Noor Hisham Abdullah

Menurut Noor Hisham, sehingga kini, terdapat 238 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 96 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tambah beliau, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 14 kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 619 kes (0.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Kes sembuh yang dilaporkan hari ini pula 2,944 kes manakala sembilan lagi kluster dilaporkan.

Jelas Noor Hisham, walaupun telah seminggu PKP dikuatkuasakan di enam negeri yang diikuti Kelantan beberapa hari lalu, namun kesannya masih belum dapat dilihat.

“Kita jangkakan impaknya akan mulai dilihat selepas dua minggu pelaksanaan PKP.

“Kes-kes yang dilaporkan sekarang ini dan untuk beberapa hari lagi adalah disebabkan penularan sebelum PKP dilaksanakan,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penempatan haram Rohingya berlarutan di Sungai Tekali atas kebenaran pemilik tanah

PEMILIK tanah yang membenarkan pembinaan struktur dan penempatan tanpa kelulusan oleh warga Rohingya di Sungai Tekali dikenal pasti sebagai...

More Articles Like This