“Laaa, lapar rupanya,”- Wanita memang makhluk pelik. Namun cara suami ini pikat isteri buat netizen terharu.

0
1011

Walau segagah mana pun suami, perut ada sixpack, muka jambu macam Zayn Malik, namun andai tak tahu ambil hati isteri, sukar nak pertahankan keharmonian rumah tangga.

Wanita ini memang makhluk yang pelik, jika datang mood swing, segala apa yang dibuat seolah-olah tidak kena. Malah jika suami duduk diam-diam sambil baca buku pun boleh jadi isu.

Seperti perkongsian Md Nor Izzudin dalam menawan hati isteri, sifirnya cukup mudah. Cari punca dan selesaikan sepantas mungkin.

Jelasnya, walaupun kadang kala suami di pihak yang benar namun tiada guna terus menahan ego kerana kedua-duanya akan kalah. Jalan terbaik, terus bertindak dan ‘dunia’ bakal aman semula.

“MAAFKAN ABANG SAYANG.Semalam aku terbalik lewat, dah nak pukul 11 mlm macam tu (cari rezeki ye guys bukan berfoya2 😅). Masuk bilik wife aku senyap je. Aku bercakap pon dia balas sepatah je (biasa aku ckp sepatah, dia jwb berpatah2 sampai kau pon kekadang da x pasti apa topik asal). Sebab aku dah hidup dengan dia nak dekat 7 tahun, aku tahulah kalau dia senyap macam ni mesti ada yang x kena.

“Aku suspek dia marah sebab aku balik lewat.Walaupon aku rasa aku di pihak yang benar, aku mengaku kalah la, minta maaf sebab balik lewat.

“Tapi dia masih senyap. Aku pon termanggu la sekejap cari ilham apa sebenarnya salah aku. Scroll2 jap whatsapp (nak check kalau ada client ke prospek ke) tapi tiba2 ternampak status dia.

“Laaaaa, LAPAR rupanya. Isteri aku ni memang kalau lapar, terus xde kudrat nak bercakap. Kau tgk la whatsapp dia. So aku tanyala, kenapa tadi x pesan makanan, bolehla beli.

“Kau tahu apa jawapan dia?”Tadi kan ika ada call, waktu cakap dgn abg tu ika tgh fikirkan burger kat tempat biasa tu la dalam hati. “Allah, dia fikir burger dalam hati guys. “Macam mana la aku nak tahu 😅. Tapi aku tahu, xde point kau argue di saat itu. Aku pon ambil kunci pergi keluar cari makanan. Tempat burger tutup pula, xpela beli second favourite food dia.

“Lepas je aku hulur makanan tu, terus berubah dia 360 darjah. Terus tersenyum2. Siap menyanyi2 sambil makan tgk netflix. And yes, lepas makan, mood dah baik, dia sendiri dtg dkt aku minta maaf td masam muka.

“So guys, ak rasa siapa yang dah kawen akan faham cerita aku ni. Siapa yg belum kahwin, kalau kau rasa ilmu kau da begitu hebat, dah romeo sgt, come back to earth man.

“Perempuan bergelar isteri ni bukan semudah yang kau sangka.Kau rasa dia mengada? Dia pelik? Xpe. Sekurang2nya kau tahu dia mengada & pelik dekat kau. Bukan org lain. Sebab dia yakin and pasti dia pelik macam mana pon, kau akan ada dekat situ untuk protect dia. Benarkanlah dia pelik/ mengada sekejap, lepas dia sanggup bersusah dgn kau bertahun.

“Dalam pelik2 nila, dia sanggup berhujan dgn aku atas motor dulu waktu baru kahwin, berjimat dgn aku waktu baru nak mula hidup. Waktu kau ada boleh la kau jaga dia macam ni. Tapi kalau kau pergi mengejut, apa bekalan kau untuk dia?”

Sumber : Facebook Md Nor Izzudin