Alya terpaksa ke gerai ibu belajar online, rumah tiada Internet

Dari Penulis

MELANGKAH ke alam sekolah menengah untuk kali pertama sememangnya saat yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap pelajar Tingkatan 1.

Pastinya mereka tidak sabar untuk menyarung pakaian sekolah serta kasut sekolah serba baharu dan bertemu rakan-rakan serta belajar bersama guru-guru baharu di sekolah baharu.

Namun keterujaan itu terpaksa dilupakan, gara-gara arahan penangguhan sesi persekolahan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 4 di seluruh negara oleh kerajaan, sebagai langkah keselamatan untuk membendung jangkitan virus COVID-19.

Adik, Alya khadeeja Mohd Zaidi, 13, yang teruja untuk melangkah ke alam sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam pada hari ini, terpaksa melupakan sementara waktu hasrat itu, apabila dia hanya perlu meneruskan pembelajaran secara atas talian di gerai ibunya.

Alya Khadeeja Mohd Zaidi

Walaupun pembelajaran dapat diteruskan secara dalam talian, tetapi pengalamannya masih tidak sama dengan belajar bersama rakan-rakan sekelas secara bersemuka. Menurut Alya Khadeeja, ini kerana pelajar akan keseorangan di rumah masing-masing.

Apa yang lebih malang, Alya Khadeeja terpaksa memulakan kelas secara atas talian di gerai makanan ibunya yang bersebelahan dengan sebuah restoran yang mempunyai ‘wifi’ kerana di rumahnya tiada kemudahan Internet.

Seperti rakyat Malaysia yang lain, adik Alya Khadeeja juga mengharapkan agar pandemik ini segera berakhir atau sekurang-kurangnya dapat dikawal supaya pelajar sekolah dapat menikmati alam persekolahan yang menyeronokan. – UTUSANTV

Alya Khadeeja Mohd Zaidi,13, memulakan sesi persekolahan secara atas talian di gerai ibunya yang bersebelahan dengan sebuah restoran yang mempunyai ‘Wifi’ kerana rumahnya tiada kemudahan internet ketika ditemui di Shah Alam hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCA bidas Nga Kor Ming kaitkan Najib dengan PRN Johor

MCA menyifatkan tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mengaitkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hukuman penjara...

More Articles Like This