Bagai mahu pecah kepala membaca satu persatu penderaan yang dilakukan ibu angkat kepada bayi berusia 16 bulan ini, Baby Jung In mengalami pankreas pecah, tempurung kepala retak, tulang bahu patah, tangan kaki patah, tulang rusuk patah, malah ada yang tumbuh semula tanpa diberi rawatan sepatutnya.
Perbicaraan pertama sudahpun berlangsung pada 13 Januari lalu, dan tarikh perbicaraan kedua bakal berjalan pada 17 Februari nanti. Warga dunia kini menggesa agar tindakan diambil memandangkan tiga laporan telah dibuat namun tiada tindakan lanjut.

“13 Januari 2021 perbicaraan pertama sebutan kes, sebut satu-satu kesalahan apa yang mak angkat baby ni dah buat. Akan ada perbicaraan kedua dan ketiga. 17 Februari 2021 adalah tarikh perbicaraan kedua.
“Sekarang orang luar dah boleh hantar petitions. Ada yang nak join tak? Boleh PM saya untuk saya sertakan alamat saya. Nak kumpul banyak and hantar sekali terus ke sana.
“Saya tanya jugak pasal hantar petitions by email tp dah terbaca dekat page lain buat masa ni email tak diterima. Benda ni serius, bukan orang Korea je marah, satu dunia marah termasuk saya sendiri,” tegas seorang warga Internet.

“Tak terbayang penderitaan yang ditanggung. Didera dalam tempoh yang lama (271 hari) sehingga mati. Punca kematian adalah dari pankreas yang pecah, hanya beban sebanyak 3800-4200 Newtons sahaja yang mampu menyebabkan pankreas dalam abdomen baby pecah dan ini bersamaan berat seorang wanita dewasa yang berdiri dari atas sofa melompat pijak perut bayi yang baring di lantai.
“Tempurung kepala retak, tulang bahu patah, tangan kaki patah, tulang rusuk jugak banyak patah dan ada yang tumbuh semula tanpa diberi rawatan sepatutnya.
“Baby Jung In didera fizikal dan mental oleh ibu angkatnya, dia juga tidak diberi makan dengan betul sehingga menyebabkan kekurangan nutrisi.
“Dikurung dalam bilik gelap, dibiarkan menangis sehingga tidur keletihan, disuap makanan panas yang baru keluar dari microwave, diberi makan cili, sering ditinggal bersendirian di dalam kereta, disimbah air panas.
“Baby Jung In juga seperti dipukul dengan objek keras dan besar dalam keadaan tangan tergantung sampai ada kecederaan teruk di bahagian ketiak. Jangan pernah kita lupa apa yang terjadi dekat baby ni. Teruskan berdoa moga keadilan berpihak pada Jung In. Moga Allah mendengar setiap satu doa dr hambaNya.










#saranghaeJungIn#miahnhaeJungIn#정인아_미안해#justiceforJungIn#saynotochildabuse#spreadthelove#createawareness#childabuseawareness
Update : Petition boleh dihantar terus ke alamat emel [email protected] untuk tindakan lanjut.
Sumber : Facebook Adibah Najib