Calon-calon peperiksaan SPM dan STPM 2021 akan mula menerima vaksin pada bulan hadapan. GAMBAR: Abd Razak Aid

PARA pelajar tingkatan lima dan enam yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan lain-lain peperiksaan utama memulakan sesi persekolahan secara bersemuka mulai hari ini.

Tinjauan UtusanTV di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutung, Shah Alam mendapati para pelajar memasuki sekolah mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan selepas selepas empat bulan belajar di rumah berikutan penularan COVID-19.

Seperti juga SOP yang ditetapkan untuk memasuki mana-mana premis ketika ini, para guru mengawasi kehadiran pelajar dengan mengambil suhu badan, mengamalkan penjarakan fizikal dan penyediaan cecair pembasmi kuman.

SALAH seorang guru mengambil bacaan suhu salah seorang pelajar tingkatan 5 yang memulakan sesi persekolahan hari ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam. – GAMBAR: Abd Razak Aid

Calon SPM dan STPM tahun lepas dan tahun ini dibenarkan hadir ke sekolah dengan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka sebelum kumpulan tersebut berdepan peperiksaan besar.

Bagaimanapun, para pelajar lain di seluruh negara dikecualikan menghadiri kelas di sekolah kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara (kecuali Sarawak) berikutan jangkitan kes yang terlalu tinggi ketika ini.

Kementerian Pendidikan memaklumkan sesi persekolahan bersemuka hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan SPM, STPM, Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

Manakala, semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai hari ini. – UTUSANTV

SEORANG anggota polis memantau pergerakan pelajar-pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
SALAH seorang guru mengambil bacaan suhu salah seorang pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam. – GAMBAR: Abd Razak Aid
SEBAHAGIAN daripada pelajar-pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam. – UTUSANTV