Resipi popia telur pepperoni keju

0
1626

BAHAN
6 keping kulit popia
12 keping pepperoni 3 keping keju cheddar – potong dua
3 biji telur
Garam dan lada hitam

CARA
1.Pukul telur bersama garam dan lada hitam secukup rasa. Masak di atas kuali menjadi telur hancur. Ketepikan.
2.Goreng pepperoni sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3.Ambil kulit popia dan letakkan keju.
4.Letak sedikit telur hancur dan dua keping pepperoni di atas.
5.Lipat dan gulung kemas popia.
6.Goreng sehingga popia garing dan kuning keemasan.