Lubang besar di belakang rumah

0
41

Tengah hari, Mamat tergopoh-gapah berlari mendapatkan ibunya yang tengah sibuk memasak. Kemudian Mamat terus bertanya, “Mak, lubang kat belakang rumah kita tu apa namanya, mak?”

Emak Mamat sedang menumis, malas dia hendak melayan anaknya itu. Kalau layan, nanti hangit pula tumisnya. “Isyy budak ni, orang tengah sibuk ni, tak nampak ke? Pergi tanya bapak kau tu!”

Mamat berlari pula mendapatkan bapanya yang sedang membaca surat khabar di depan televisyen. “Pak, lubang besar kat belakang rumah kita tu apa namanya, Pak?” Mamat bertanya.

Biasalah orang lelaki, kalau dah dapat surat khabar memang nahas kalau dikacau. “Berapa kali dah bapak cakap, kalau bapak baca surat khabar, jangan kacau! Faham? Pergi tanya kakak kau tu!”

Mamat berlari mencari kakaknya. Cari dalam bilik, tak ada. Cari dalam tandas, tak ada. Sepuluh minit mencari, akhirnya Mamat jumpa kakaknya di rumah jiran, sedang baca majalah.

Mamat terus bertanya, “Kak, lubang besar kat belakang rumah kita tu apa namanya, kak?”

“Lubang besar?” tanya kakak Mamat.

“Ya,” jawab Mamat.

“Yang ada air tu?”

“Ha… lubang tu, lah!”

“Ooo… tu namanya perigi. Kenapa?”

“Cepat kak, abang jatuh dalam perigi!”