KUALA LUMPUR – Nama pengacara terkenal Neelofa kembali menjadi topik hangat pelayar media sosial apabila sebentuk cincin yang tersarung dijari manisnya menjadi perhatian ramai.

Apa yang menariknya mengenai cincin tersebut ialah ia seakan-akan serupa dengan cincin pemberian kekasihnya iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz.

Cincin tersebut menjadi perbualan hangat warga maya selepas Neelofa atau Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, yang sedang mempromosikan perniagaan koleksi pakaian kaftan milik ibunya, Datin Noor Kartini di Instagram Story.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada cincin tersebut adalah cincin merisik daripada pihak keluarga Haris atau pun ia hanyalah sebahagian daripada koleksi peribadinya.

Cincin dijari manis Neelofa menarik perhatian peminat

Terdahulu, sekitar Disember tahun lalu, Neelofa menerusi satu kenyataan memaklumkan kedua-dua keluarga dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian hubungan mereka.

Lebih menguatkan lagi kisah hubungan mereka sedang dilanda masalah apabila Neelofa sebelum ini dilihat sudah tidak memakai cincin tersebut.

Bekas pengacara MeleTOP itu dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada bulan Mac depan.

Namun sehingga kini Neelofa dan PU Riz masih mengunci mulut tentang hubungan mereka yang terus meninggalkan teka-teki.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi