PKP dilanjut sampai 4 Februari di seluruh negara kecuali Sarawak

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Johor, Kelantan dan Sabah dilanjutkan sehingga 4 Februari ini.

Lanjutan tersebut diumumkan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Ismail Sabri, lanjutan ini dibuat berikutan penularan kes baru COVID-19 yang tinggi termasuk kluster-kluster baru.

“Di atas penilaian risiko dan nasihat KKM, sidang khas MKN hari ini bersetuju melanjutkan PKP di negeri-negeri berkenaan sehingga 4 Februari.

“Ini kita seragamkan tarikh tamat PKP dengan negeri-negeri lain yang baru diumum di seluruh negara kecuali Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan, Jabatan Peguam Negara diminta untuk mengkaji menaikkan hukuman bagi kesalahan ingkar PKP.

Katanya, memandangkan ketika ini dalam tempoh darurat, kerajaan berhak melakukannya menerusi Ordinan.

“Seperti kita tahu di bawah Akta 342, denda maksimum RM1,000 dan ada pihak syarikat yang ambil mudah mengenai denda kerana keuntungan diperoleh dari aktiviti langgar PKP lebih banyak dari itu.

“Maka ini sebab kita perlu darurat. Orang kata macam-macam mengenai darurat, tetapi ini yang kita akan gunakan untuk gubal ordinan bagi naikkan hukuman,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penempatan haram Rohingya berlarutan di Sungai Tekali atas kebenaran pemilik tanah

PEMILIK tanah yang membenarkan pembinaan struktur dan penempatan tanpa kelulusan oleh warga Rohingya di Sungai Tekali dikenal pasti sebagai...

More Articles Like This