Apabila pengantin perempuan berpeluk dengan bekas kekasih di atas pelamin

0
110
Mayang Sari dan suaminya,Raden Muhammad Iqbal Dzulyaden ceria di majlis pernikahan mereka pada 9 Januari lalu.


Jodoh, pertemuan, ajal, maut di tangan Allah. Begitulah juga apabila kita bercinta dengan seseorang belum tentu dia adalah jodoh yang akan bersama-sama melangkah jenjang pelamin.

Ada ketika percintaan itu terputus di tengah namun tidak mestinya tidak ada jodoh maka kita menjemput permusuhan dengan bekas kekasih.

Inilah yang cuba dibuktikan oleh Mayang Sari apabila hari perkahwinannya menjadi bualan apabila dia memeluk bekas kekasihnya di atas pelamin sambil disaksikan suaminya Raden Muhammad Iqbal Dzulyaden.

Detika.com melaporkan, dalam dua klip video yang tular, bekas kekasih Mayang Sari yang memakai kemeja putih melangkah ke pelamin mengucapkan tahniah sambil memeluk wanita yang pernah bertakhta di hatinya satu ketika dahulu. Malah dia juga turut memeluk erat suami Mayang Sari.

Video yang tular di Tik Tok itu sudah ditonton lebih 4.6 juta kali, mendapat 338,000 tanda suka dan 17,000 komen. Ada antara komen itu mengkritik sikap Mayang Sari kerana dianggap tidak menghormati suami.

“Minta maaf sama (dengan) suaminya ya…walaupun dia ngeizinin (mengizinkan) tapi suami yang akan mempertanggungjawabkan (bertanggungjawab ke atas) istri anaknya nanti di akhirat..Correct me if i’m wrong :)” komen @regitaliviana.

“Hari bahagianya si suami, menjadi hari pertama kali sakit hatinya sebagai seorang ‘suami’,”ujar @tailalalala.
“Padahal mantannya cuman (cuma) pengen (mahu) salaman (bersalam) tapi si cewe (perempuan) minta peluk ga (tak) kebayang (bayang) gimana (bagaimana) perasaan suaminya,” @Mutualan yuk.

Mayang Sari borsama suaminya, Raden Muhammad Iqbal Dzulyaden.

“Mungkin mbanya (pengantin perempuan) ga (tak) sadar , tapi tindakan mbanya mempermalukan suami, diri sendiri dan keluarga kalian loh,” @JelBlez.

“Cuma mau pesen (pesan) aja sama mbaknya suatu saat nanti kalo suaminya peluk wanita lain tolong jangan marah:),” @lisdaaaa.

Apa pula komen Mayang Sari apabila video tersebut tular dan apa sebenarnya berlaku?
“Aku dan suami kaget (terkejut) juga sih bisa (boleh) seviral (tular) itu dan tahunya (hanya tahu) itu setelah keesokan hari posting video tersebut, kaget (terkejut) kok banyak notif (notifikasi) dan mention daripada teman-teman kita,” kata Mayang Sari ketika dihubungi Detik.com.

Dia berkata, aksi memeluk bekas kekasihnya itu terjadi pada hari pernikahannya pada 9 Januari lalu di Tasikmalaya, Jawa Barat.

Mayang Sari mengaku sudah mendapat izin suaminya untuk memeluk bekas kekasihnya dan lelaki itu juga turut meminta izin untuk memeluk suaminya ketika mereka di atas pelamin.

‘’Saya tidak memeluk dia dengan erat, cuma sekadar penghargaan terhadap bekas kekasih yang begitu rapat dengan saya, ia sebenarnya detik yang mengharukan,’’ katanya.

Kata wanita berusia 24 tahun itu, suami dan bekas kekasiha sudah saling mengenali antara satu sama lain dan dia baru sahaja berkenalan dengan suaminya sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin manakala bekas kekasih kini menjadi sahabatnya.

Ditanya reaksi keluarga kedua-dua belah pihak, Mayang Sari berkata, mereka tidak ada apa-apa masalah.

“Biasa aja sih seperti kerabat (ahli keluarga), soalnya tamu undangan juga terbatas hanya orang-orang terdekat saja. Dan mantan (bekas kekasih) bukan hal (perkara) besar, (sehingga) tidak harus diundang kerana kami (mempunyai) hubungan baik,” jelasnya yang kini menetap di Bandung.

Mungkin dari satu segi apa yang dilakukan oleh Mayang Sari ‘dilihat cacat’ dari segi tatasusila apatah lagi dia sudah bergelar isteri orang. Bagaimanapun dari sudut lain, Mayang Sari memberi mesej kepada kita supaya jangan membenci bekas kekasih dan sudah lumrah kehidupan bahawa kita belum tentu berkahwin dengan orang yang kita bercinta kerana jodoh itu rahsia Allah SWT.