Benar bersyarat perarakan pedati ke Batu Caves, Ramasamy kata elok MKN batalkan

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) meluluskan perarakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam.

Beliau berkata perarakan pedati membawa arca Dewa Murugan dari kuil Jalan Bandar ke Batu Caves adalah pada 27 Januari dan akan kembali dari Batu Caves ke kuil Jalan Bandar pada 29 Januari.

Namun katanya, seperti dilapor Bernama,com, ia perlu mengikut syarat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Annuar Musa

“Syaratnya, ‘Chariot’ (pedati) tidak boleh berhenti di mana-mana, pengikut tidak lebih daripada 10 orang, tiada muzik dan lain-lain,” katanya dalam hantaran Twitter rasmi beliau hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy dalam tulisannya yang disiarkan beberapa portal berita berkata, belum terlambat untuk MKN membatalkan arahan terbaru itu hanya kerana Annuar membuat permintaan khas berdasarkan permintaan jawatankuasa kuil berkenaan.

P Ramasamy

“Kegagalan untuk konsisten (perarakan sama dibatalkan di seluruh negara kerana bimbang penularan wabak) memaparkan masalah lebih besar yang berlaku melibatkan pemusatan kuasa (antara keputusan Pusat dan negeri).

“Dalam erti kata lain, MKN mungkin tidak memahami isu sebenar di peringkat negeri, daerah dan tempatan,” katanya dalam artikel bertajuk ‘Kenapa dwi standard dalam sambutan Thaipusam”.

Pulau Pinang dan Selangor antara negeri yang terawal mengumumkan tiada sambutan Thaipusam tahun ini termasuk perarakan bagi membendung penularan COVID-19.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This