Double coklat muffin, tak perlu mixer. Hanya gaul dan terus bakar.

0
156

Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hiburkan hati anak-anak dengan air tangan ibu. Resipinya cukup mudah namun mampu membuatkan si kecil tersenyum riang.

Resipi ini tidak perlu menggunakan mixer, hanya gaul dengan sudip dan terus dibakar.

Jom cuba resipi perkongsian Nabilah Azis.

Bahan A (ayak) :

1 3/4 cawan Tepung gandum / Tepung naik sendiri

1/4 cawan Serbuk koko

1 1/2 sudu kecil Serbuk penaik

1 sudu kecil Soda bikarbonat

Secubit garam

Coklat chip

Bahan B:

1/2 cawan Gula perang / Gula biasa

1 biji Telur saiz B

1 cawan Susu segar

1/4 cawan Minyak masak / Minyak jagung / Mentega cair

1 sudu kecil Creamy vanila / esen vanila

Cara :

  1. Boleh gunakan cawan matrik untuk sukatan.
  2. Gaul perlahan bahan B di dalam bekas. Kemudian masukkan bahan A dan gaul rata. Jangan gaul terlalu lama.
  3. Masukkan coklat chip dalam adunan.
  4. Selepas itu masukkan adunan ke dalam cup. Tabur lagi coklat chip di atasnya. Letakkan adunan setengah cup. Jika masukkan 3/4, adunan akan lebih tinggi.
  5. Panaskan ketuhar selama 10 minit dan masukkan adunan ke dalam ketuhar.
  6. Bakar pada suhu 170 darjah menggunakan api atas bawah selama 25 minit atau sehingga masak.
  7. Satu adunan boleh dapatkan 12 cup.