“Aku pernah rotan tangan, kaki diaorang untuk mengajar” – ‘Super daddy’ kongsi tips didik anak

0
140

Bukan mudah membesarkan dan mendidik anak-anak, lain anak lain ragamnya. Lain ekonomi, lain perihalnya.

Super daddy atau Khairul Abdullah menerusi posting terbaru di laman Facebook mengakui dia mempraktikkan gaya ‘Asean Parent’ dalam membesarkan tiga hero kesayangan.

Katanya, sebagai seorang bapa tunggal, dia sentiasa mahu berlembut dengan anak-anak seperti yang dipaparkan golongan selebriti, namun disebabkan semuanya dilakukan secara berseorangan, kekangan masa dan tenaga menyebabkan dia harus berbalik kepada realiti kehidupan.

BUKAN mudah seorang bapa tunggal hendak memelihara tiga anak lelaki berseorangan – GAMBAR: Abd Razak Aid

“Abang, adik, baby, put back all lego and toys in their box. I count to 20 only this time!”

“Piap piap aku libas rotan atas meja sambil mula mengira 1, 2, 3. Berdesing juga bunyi dia. Maka bergegaslah ketiganya mengemas segala mak nenek benda atas lantai tu dan susun balik bantal sofa di tempatnya dan buang segala sampah yang ada. Begitulah.

“Aku ni Asian Parent, jenis guna rotan. Libas kat meja, libas kat sofa, libas kat dinding. Pernah dua kali aku rotan diorang kat tapak tangan dan kaki perlahan sahaja pun agar depa tau rasa rotan tu macam mana dan apa impak dia kalau buat salah dan kalau tak ikut arahan.

“Sebolehnya aku sentiasa nak berlembut.Tapi tak mampu nak menegur dan mengajar anak berlembut manja macam retis. Aku buat semua seorang diri macam mak-mak lain yang full time urus rumahtangga.

“Siapa yang anak lebih dari 3 dan mampu menahan menyimpan suara tarzan seperti guruh dan petir tu memang aku respek sangatlah. Yang anak satu pun memetir apatah lagi yang anak 5, 6, 7, 8 tu. Mak-mak yang tak pernah langsung mendengarkan suara petirnya pada anak-anak tu memang aku respek gila. Bukan takde, tapi memang rare dan sangat power lah.

“Suara petir ni biasanya keluar di waktu petang ye dak? Sebelah pagi mak-mak masih boleh bertenang. Tapi menjelang petang dia dah penat sangat dah. Sebolehnya lepas zohor tu dia nak pejam mata barang sejam untuk recharge tapi dengan anak semua kat rumah, pejam mata tu adalah khayalan semata-mata.

“By the time nak masuk asar tu maka semangat tarzan guruh petir tu dah mula menyerap masuk ke dalam diri dah. Dah takde masa nak melayan kerenah anak dah, banyak lagi urusan rumah lain yang terpaksa dia siapkan sebelum berakhirnya waktu siang. Nanti malam pun banyak kerja lain lagi.

“Mak-mak ni manalah ada maid macam retis nak bantu semua kerja rumah tu kan. Mak-mak yang ada suami pun stress urus anak-anak ni apatah lagi mak-mak yang single dan juga bapak yang single macam aku ni. Double the stress wehh.

GAMBAR: Abd Razak Aid

“Tapi, tidaklah mak-mak ni memetir sampai ke lewat malam. Depa ni ada masa nak berlembut dan berkasih sayang dengan anak-anak waktu malam bila semua dah berbaring nak pejam mata. Waktu tu mak-mak peluk, usap, belai cium anak-anak. Depa akan cakap depa sayang anak-anak, depa pasaipa depa marah. Depa akan bagitau kenapa depa memetir dan bagitau juga depa juga penat. Mak-mak juga minta maaf dengan anak kalau depa terlebih dan terkasar waktu menegur dan mendidik. Anak-anak pun peluk mak-mak dan cakap i love you. Mak pun lap ayaq mata. Begitulah.

“Takpelah yer mak-mak semua, usah terpengaruh sangat dengan drama retis-retis ni. Kita jadi kita, sudahhh. Ehh, kita pulak.

KHAIRUL ABDULLAH

Wakil Mak-Mak Semalaya.

#superdaddy

Terdahulu, tular kisah seorang selebriti yang dipaparkan sebagai ibu contoh dalam mendidik anak-anak. Tutur kata yang lembut dan anak-anak digambarkan sangat mendengar kata telah menjadi perbincangan hangat warganet.

Sumber : Facebook Khairul Abdullah