BAHAN:
1 kg ketam – potong dua
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar daun bawang
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak
BAHAN KISAR
3 ulas bawang putih
1 labu bawang merah
3 cm halia
CARA:
- Gaulkan ketam dengan serbuk kunyit dan garam.
- Goreng ketam di dalam minyak panas sehingga masak. Ketepikan.
- Selepas itu, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar bersama sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan kicap manis, sos tomato, serbuk lada hitam dan mayonis. Kacau sebati.
- Selepas itu masukkan ketam dan daun bawang gaul rata.