Main kutu, memang cukup sinonim dengan masyarakat Malaysia. Andai ada hajat di hati, duit kutu yang akan menjadi maharnya. Beli emas, cukai jalan dan melancong, boleh dikatakan lebih 50 peratus menggunakan simpanan cara ini bagi melangsaikan niat.
Namun menurut Fiuzz Hafiz Saini, bermain kutu merupakan kaedah yang paling banyak mendatangkan kerugian kerana nilai inflasi akan menurunkan kuasa membeli.
“Tinggalkanlah Permainan KUTU.
“Dalam banyak-banyak kaedah menyimpan duit oleh masyarakat kita, bermain kutu adalah antara kaedah yang paling banyak mendatangkan kerugian. Kaedah ini sinonim dengan kaum hawa, pelbagai objektif yang dibuat kutu.
“Untuk membeli barang-barang kemas, emas bar, barangan elektrik malahan tupperware pun jadi. Tapi kita kena ingat 3 perkara di dalam permainan kutu ni, kena tahu apa isu yang akan timbul ketika giliran sedang berjalan.
#InflasiAkanMenurunkanKuasaMembeli
“Katakanlah permainan kutu ni antara 12 orang rakan baik, dengan niat untuk menjadi sesuatu barangan. Kuasa membeli giliran orang yang pertama dan giliran orang yang kedua belas telah berkurangan disebabkan inflasi. Dan kutu ialah cara yang paling terjejas disebabkan inflasi.
“Bayar RM1200, dapat RM1200. Tiada tambahan nilai langsung.
“Dianggarkan inflasi tahunan 3%, barangan RM1200 jadi RM1236. Melangutlah keluarkan RM36 lagi.
#PergerakanPasaranMempengaruhiHarga
“Ada pula yang bermain kutu untuk membeli barang-barang kemas. Dengan niat yang baik, 12 orang rakan baik pun bersetuju sehidup semati dengan seorang RM200. Pada bulan Januari, harga emas katakan pada RM200/g. Dapatlah orang pertama merasa gelang seberat 12 gram berselirat di tangan. Tersenyum member tu.
“Pada bulan Disember, harga emas melonjak kepada RM300/g. Orang yang kedua belas hanya dapat 8 gram emas, halus sahaja. Terpisat-pisat member tu tengok orang lain pakai tebal-tebal. Nak bagi jadi 12 gram, kenalah tambah sendiri atau tambahan RM100 setiap seorang. Nak ke diorang tu?
#SalahSeorangAtauLebihHilangDariRadar
“Ini selalu terjadi kepada geng-geng bermain kutu ni. Lagi-lagi jika telah sampai giliran, buat-buat lupa aje rakan-rakan yang lain. Mulalah pelbagai alasan dicipta. Duit dah habis, baru pulang bercuti, anak nak sekolah. Jadilah orang seterusnya termenung memendam rasa.
“Itulah antara sebab-sebab permainan kutu ni perlu dihentikan. Dari segi undang-undang pun ada salahnya.
“Ingat satu aje, main kutu ni sama dengan bagi orang berhutang. Kalau adik-beradik pun bertelagah pasal hutang dan duit, apa lagi cuma kawan baik aje.
“Tinggalkan terus cara simpanan seperti ini. Tiada kenaikan nilai, kurang kuasa membeli dan boleh hilang kawan.
“Satu lagi, jangan simpan bawah bantal/tilam. Yang kaya nanti mungkin anai-anai atau orang lain yang jumpa. Lagilah pening duit hilang tapi angkara siapa?
“Carilah cara lain untuk menyimpan duit kita. Banyak lagi cara yang mendatangkan faedah. Simpan dalam TH, simpan dalam AHB, buat FD atau yang terbaik, melabur dalam Money Market Fund. Banyak aje caranya, hendak atau tidak aje. Fiuzz Hafiz-Ada Jual Ubat Mujarab Kutu #TeamFiuzz#8020empire.
Sumber : Facebook Fiuzz Hafiz Saini