Belum memiliki cahaya mata, Priyanka Chopra kata jangan beri tekanan kepadanya

Dari Penulis

AKTRES Bollywood popular, Priyanka Chopra memberitahu dia dan suaminya iaitu penyanyi Joe Jonas masih belum terdesak untuk memiliki cahaya mata.

Sungguhpun usia perkahwinan mereka berdua memasuki tahun ketiga pada Disember depan, baik Priyanka mahupun Joe, masing-masing tidak terburu-buru mahu menambah bilangan keluarga.

Menurut Priyanka,38, dia kini sedang memfokuskan diri terhadap filem terbaharunya berjudul The White Tiger yang baharu ditayangkan kepada penonton menerusi saluran Netflix minggu lalu.

“Saya pernah keluarkan kenyataan sebelum jika saya mahu memiliki anak seramai pasukan kriket. Itu dulu tetapi sekarang kami ikut apa sahaja yang perancangan Tuhan untuk kami.

“Usah beri tekanan kepada kami, lebih baik beri sokongan terhadap filem saya yang baru keluar ketika ini,” jawabnya ringkas seperti memetik laporan di portal The Hindustan Times.

Priyanka dan Joe,29, berkahwin pada 1 Disember 2018 di Jodhpur, India.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ajai sedia kongsi pentas dengan Nourul Depp, hanya tunggu masa yang tepat

KOMPOSER dan penyanyi, Ajai secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk kembali berkongsi pentas dengan bekas isterinya, Nourul Wahab, sekiranya diberikan...

More Articles Like This