Cara baharu minta maaf, transfer duit berkali-kali ke akaun kekasih

0
48


Dunia percintaan sememangnya aneh dan kadang kala pasangan yang bercintapun sanggup melakukan perkara yang mungkin tidak terfikir dek akal. Tetapi kalau perasaan cinta terhadap seseorang itu sudah mendalam, apapun cara akan dibuat untuk memulihkan kembali hubungan yang retak.

Bagaimanapun adakah anda sanggup memohon maaf melalui mesej ‘transfer’ duit ke akaun kekasih? Maksudnya lakukan pindahan wang semata-mata untuk sampaikan mesej minta maaf kepada pasangan anda? Nampak aneh atau mungkin juga anggap mustahil. Namun tidak bagi seorang lelaki di Indonesia.

Dia sanggup melakukan pindahan wang berkali-kali kepada sang kekasih dengan diselitkan mesej meminta maaf. ‘Kegigihan’ lelaki itu diceritakan oleh kekasihnya melalui akaun TikTok Anissa [email protected] anissamutiara.

Cerita gadis itu, dia hanya tahu teman lelakinya berbuat demikian ketika mahu memeriksa akaun sama ada sudah gaji atau belum. Namun ternyata Anissa tidak tertarik dengan ‘usaha gigih’ kekasihnya itu kerana sudah nekad tidak akan membalas mesej lelaki berkenaan.

Dalam video yang disiarkan, teman lelaki Anissa memindahkan wang sebanyak Rupiah 200,000 (RM67) sambil disertai dengan mesej meminta Anissa tidak menyekat nombor telefonnya. Yang seronoknya, demi mendapatkan kemaaafan Anissa, lelaki itu sudah berkali-kali melakukan perkara tersebut.

Sehingga semalam, video itu sudah ditonton lebih 900,000 kali, mendapat 138,000 tanda suka dan hampir 3,000 komen di TikTok.

Ketika dihubungi oleh Detik.com, Anissa sudah menjangkakan video itu akan menarik perhatian netizen.

Gadis berusia 21 tahun itu menceritakan, mereka bertengkar pada 19 Januari lalu sehingga mendorong Anissa menyekat nombor telefon dan akaun media sosial kekasihnya itu.

Sambil mengakui dia ketawa selepas membaca mesej teman lelakinya, Anissa berkata, dia sengaja memaparkan pertengkaran di TikTok bagi memberi pengajaran kepada gadis-gadis untuk memahami bahawa teman lelaki sanggup berbuat apa sahaja jika benar mereka menyayangi kekasihnya.