MELAKA – Dalam berhadapan suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta isu ekonomi dan penutupan perniagaan, Jebat Akmal mengambil langkah drastik mengalih perniagaan dari pusat Tuisyen kepada perniagaan pau yang dikenali sebagai Pau Gebu Abg Jebat di Bukit Katil, Melaka.

Biarpun masih tidak ramai yang membeli, Jebat Akmal tidak pernah berputus asa, walaupun sebelum ini dia mempunyai lebih 200 pelajar yang bersamanya di Pusat Tuisyen Minda Juara.

Jebat Akmal berkata, “Sekarang semua orang berhadapan kesukaran, kedai tutup, pusat tuisyen tutup, di berhentikan kerja dan sebagainya. Kita kenalah berani merubah corak kehidupan. Takkan hendak duduk diam sahaja.

“Sampai bila, kita hendak menengok kesusahan ini tanpa berani melakukan kelainan. Saya beranikan diri untuk mencuba perniagaan Pau Gebu Abg Jebat. Mula-mula susahlah sebab orang belum kenal,’’ katanya.

Pau Gebu Abg Jebat beroperasi di tepi jalan di Bukit Katil, Melaka. Rasanya sedap dan benar-benar gebu.