Resipi apam nasi

0
25

BAHAN
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 ½ cawan gula
3 cawan air
1 paket yis (mauripan)

CARA
1.Kisar nasi dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga halus.
2.Masukkan gula dan kisar sehingga sebati.
3.Satukan tepung beras, tepung gandum dan yis dalam bekas.
4.Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam bekas tepung. Gaul sebati dan perap selama satu jam.
5.Panaskan pengukus dan balut penutup dengan kain.
6.Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang.
7.Masukkan adunan dan kukus selama 10 minit.
8.Hidang begitu sahaja atau bersama kelapa parut yang telah di gaul dengan sedikit garam.