Apabila Work From Home (WFH), perut asyik ‘berlagu’ meminta untuk diisi, jadi inilah masanya untuk menunjukkan kepakaran dalam baking kek.
Resipi yang dikongsikan Hasniza Hassan ini cukup mudah dan tidak renyah, namun hasilnya cukup terbaik.
Jika sebelum ini anda lebih gemarkan versi bakar menggunakan ketuhar, apa kata cuba kelainan dengan mengukus adunan. Teksturnya lebih lembap dan enak.

Bahan A :
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan gula perang
1 cawan serbuk koko
Bahan B :
4 biji telur besar
1 sudu kecil esen vanila (Telur dan esen vanila dicampurkan dan kacau bagi sebati sikit)
2 sudu kecil coklat emulco
Bahan C :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder (Campurkan kesemua dan gaul rata)
Cara :
1. Masak bahan A sekejap dalam 2 minit. Guna api kecil. Kacau sebati sekadar suam, jangan sampai mendidih. Pastikan tak hangit.


2. Tutup api. Kemudian masukkan telur yang telah dicampurkan dengan esen vanilla tadi. Tambahkan coklat emulco. Kacau sebati.


3. Masukkan bancuhan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Kacau sebati supaya tepung tidak berketul.



4. Tuangkan ke dalam bekas acuan.

5. Kukus selama 1 jam menggunakan api besar (kak Has kukus 1 jam 25 minit sebab tengahnya tadi masih kurang masak, agaknya adunan tebal). Tutup bahagian atas untuk mengelakkan air daripada masuk ke dalam pengukus.



Tips tambahan:
1. Sebelum naikkan adunan kek ke atas kukusan, pastikan air kukusan dididihkan terlebih dahulu.
2. Selepas mengukus dalam 30-45 minit, boleh periksa air kukusan. Kalau berkurangan, boleh tambah. Pastikan tambah air panas mendidih ya supaya kek tak bantat. Selamat mencuba!#DariDapurKakHas#keluargaANAbahagia


Sumber : Facebook Hasniza Hassan